SEMINAR PENDIDIKAN ABAD KE-21 28 Mac 2018 / 10 Rejab Akhir 1439 – Sektor Pengurusan Naziran Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah mengadakan seminar berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 di Auditorium Dewan Jubli Sultan Abdul Aziz yang dihadiri oleh 700 orang guru JAIS dari seluruh negeri Selangor.
SEMINAR INTEGRATED HOLISTIC EDUCATION SYSTEM (IHES) 26 Februari 2018 / 10 Jamadil Akhir 1439 - Bertempat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor telah mengadakan Seminar IHES bertemakan Kebersihan dan Keceriaan Sekolah kepada 250 orang guru JAIS .