PENGUMUMAN TERKINI

yes WAKTU TEMUDUGA PERMOHONAN PAS LAWATAN IKHTISAS PELAJAR WARGA ASING BAWAH 18 TAHUN 

HARI MASA
ISNIN  8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
SELASA  8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

yes SEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (PSRA) 2018 DI BUKA SEHINGGA 18 DISEMBER 2018

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Unit Peperiksaan dan Penilaian, Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-55143656 / 3710 .

yes PERMOHONAN PERTUKARAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR

Semakan permohonan pertukaran murid SRAI ke SRAI atau dari luar ke SRAI boleh dibuat mulai 17 Disember 2018. Sila hubungi Seksyen Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-5514 3639. 

yes PEMERIKSAAN KENDERAAN JABATAN DI BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN MITS NEGERI SELANGOR

Bahagian Pendidikan Islam - 6 Disember 2018 (Khamis)

MITS Klang, Alam Impian - 12 Disember 2018 (Rabu)

MITS Sepang, Bagan Lalang - 18 Disember 2018 (Selasa)

MITS Kuala Langat, Jugra - 20 Disember 2018 (Khamis)

MITS Sabak Bernam, Bagan Terap - 21 Disember 2018 (Jumaat)

yes TAWARAN DAN RAYUAN KE SEKOLAH AGAMA MENENGAH (SAM/SAMT) NEGERI SELANGOR

Tawaran ke Sekolah Agama Menengah/Menengah Tinggi (SAM/SAMT) negeri Selangor boleh disemak melalui http://semakan.jais.gov.my selepas 17 Disember 2018. Pengesahan tawaran hendaklah dibuat sehingga tarikh 20 Disember 2018. Rayuan secara online boleh dibuat bermula 27 Disember 2018 hingga 4 Januari 2018

Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakhluk kepada pindaan semasa.

yes PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan pelajar IPTA/IPTS untuk menjalani Latihan Industri di Sekolah-Sekolah Agama JAIS boleh dikemukakan terus ke sekolah yang berkenaan manakala permohonan Latihan Industri di Institut Murabbi Negeri Selangor (IMANS), Pusat Bahasa Arab Selangor (PBAS) , Unit Pendidikan Islam (UPI) PAID dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS hendaklah dikemukakan ke JAIS . Sebarang pertanyaan untuk yang berkenaan di premis pendidikan, sila hubungi Unit Pentadbiran BPI JAIS di talian 03-5514 3400 samb. 2033.

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Unit Latihan dan Penyelidikan di talian 03-5514 3653.

enlightenedLAPOR DIRI GURU KAFA AMBILAN 4/2018

Semua Guru KAFA yang telah menerima tawaran lantikan sebagai Guru KAFA ambilan 4/2018 dikehendaki hadir melapor diri ke JAIS pada 17 Disember 2018 . Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pengurusan KAFA Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-5514 3629.

Tarikh         : 17 Disember 2018 (Isnin)

Tempat      : Bilik Sakinah, Aras G, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah

Masa         : 7.30 pagi

LAWATAN PENANDA ARAS PENGAJIAN TINGGI BPI

10 hingga 13 Julai 2018 - Satu siri lawatan penanda aras untuk memantapkan lagi pengurusan pelajar persendirian ke luar negara telah diatur oleh Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam JAIS  ke beberapa Jabatan Islam Negeri dan Majlis Agama Islam negeri. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat pengurusan pelajar-pelajar persendirian yang menyambung pengajian di luar  negara khususnya di negara Timur Tengah.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 12   Tadika Islam 167 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 224   Sekolah Rendah Islam (SRI) 196   PraSekolah 75 1,148
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 71   SRA 4,831 135,441
  KAFAI 295   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 583 7,470
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 263   KAFAI 2,633 91,637
  MITS 4  JUMLAH 746   SAMT 165 1,017
  KMK 27   MITS 170 17,035
  JUMLAH 596   KMK 27 895

*Maklumat dikemaskini sehingga Mei 2018