PENGUMUMAN TERKINI


yes PENEMPATAN/PERTUKARAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR AGAMA (PENDIDIKAN ISLAM) DAERAH

1. Ustazah Masamah Binti Zainal- PPTAD Sepang berkuatkuasa 1 Februari 2019

2. Ustaz Kutni Bin Asmuin- PPTAD Petaling berkuatkuasa 1 Februari 2019 

3. Ustaz Mohammad Farid Bin Ahmad- PPTAD Klang berkuatkuasa 1 Februari 2019

4. Ustazah Nor Hidayati Binti Halimi- PPTAD Kuala Selangor berkuatkuasa 1 Februari 2019

yes WAKTU TEMUDUGA PERMOHONAN PAS LAWATAN IKHTISAS PELAJAR WARGA ASING BAWAH 18 TAHUN 

HARI MASA
ISNIN  8.30 PAGI HINGGA 4.30 PETANG
SELASA  8.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG

yes PERMOHONAN PERTUKARAN MURID SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) NEGERI SELANGOR

Semakan permohonan pertukaran murid SRAI ke SRAI atau dari luar ke SRAI boleh dibuat mulai 17 Disember 2018. Sila hubungi Seksyen Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Bahagian Pendidikan Islam JAIS di talian 03-5514 3639. 

yes PERMOHONAN LATIHAN INDUSTRI DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan penempatan pelajar IPTA/IPTS untuk menjalani Latihan Industri di Jabatan Agama Islam Selangor dibekukan buat sementara waktu dan sebarang informasi berkaitan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun , permohonan penempatan pelajar Latihan Industri di Sekolah-Sekolah Agama JAIS boleh dikemukakan terus ke sekolah yang berkenaan dengan bersyarat sebarang bayaran elaun latihan adalah di bawah tanggungjawab pihak sekolah berkenaan. Permohonan penempatan Pelajar Latihan Industri di Institut Murabbi Negeri Selangor (IMANS) , Unit Pendidikan Islam (UPI) PAID dan Bahagian Pendidikan Islam JAIS juga dibekukan buat sementara waktu. Sebarang pertanyaan untuk yang berkenaan di premis pendidikan, sila hubungi Unit Pentadbiran BPI JAIS di talian 03-5514 3400 samb. 2033.

yes PERMOHONAN MEMBUAT KAJIAN / PENYELIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA JAIS

Permohonan untuk menjalankan kajian/penyelidikan ilmiah di Sekolah-sekolah Agama JAIS oleh pelajar/pasukan penyelidik IPTA/IPTS hendaklah dimohon ke jabatan dengan mengemukakan surat permohonan menjalankan kajian di sekolah berkenaan dan dilampirkan proposal kajian  . Sila berhubung dengan Unit Latihan dan Penyelidikan di talian 03-5514 3653.

 

 

 

T.O.T Quranic Generation Development Program

30 - 31 Oktober 2018 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS terus memperkasakan Sistem Pendidikan Integrasi Holistik (IHES) yang telah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor semenjak tahun 2008 dengan fasa seterusnya melatih Pegawai-Pegawai Pendidikan JAIS melalui kursus T.O.T QGDP. Program kendalian Unit Latihan dan Penyelidikan BPI JAIS mensasarkan sekurang-kurangnya 25 orang pegawai sebagai perintis awal untuk menjadi jurulatih program Quranic Generation Development Program (QGDP) yang akan melatih guru-guru di sekolah untuk mengimplementasikan program QGDP.

MUKHAYYAM PERDANA SRAI

23 -25 Oktober 2018 - Seramai 385 orang murid SRAI telah mengikuti program perkhemahan perdana  yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS bertempat di Kem Millennium, Beranang ,Hulu Langat. Menurut Ustaz Nurul Azmi Burasman selaku pegawai kokurikulum BPI JAIS , program ini merupakan acara tahunan dan telah memasuki edisi ke 10 semenjak ia mula diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009.

Pages

PERKHIDMATAN

STATISTIK SEKOLAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Sekolah Agama JAIS Sekolah Islam Yang Berdaftar Dengan JAIS Bilangan Guru dan Murid
  Prasekolah 12   Tadika Islam 167 Jenis Sekolah Guru Murid
  SRA 224   Sekolah Rendah Islam (SRI) 196   PraSekolah 75 1,148
  SRAI 11   Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) 71   SRA 4,831 135,441
  KAFAI 295   Sekolah Menengah Islam 49   SRAI 583 7,470
  SAMT 23   Maahad Tahfiz 263   KAFAI 2,633 91,637
  MITS 4  JUMLAH 746   SAMT 165 1,017
  KMK 27   MITS 170 17,035
  JUMLAH 596   KMK 27 895

*Maklumat dikemaskini sehingga Mei 2018