7 Disember 2018 - Sempena majlis Graduasi Qurra' kali ke-6 yang diadakan di Grand Ballroom, Hotel De Palma Shah Alam, seramai 151 qurra' telah diraikan dengan penganugerahan Sijil Perakuan Hafazan Al Quran yang disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Hj Haris Bin Kasim, S.S Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam majlis yang sama, enam orang pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Selangor telah dianugerahkan Anugerah Khas Qurra' dan seorang pelajar MITS Sabak Bernam dianugerahkan Anugerah Khas Turath. Mereka adalah Iffat Syahmi Bin Mohd Isyraf,Hana Abrar Binti Khalid dari  MITS Kuala Langat, Mohamad haikal Bin Ahmad,Nurul Hana Binti Amir dari MITS Klang, Mus'ab Bin Anhar,Nurmaisarah Binti Muhammad Noh dari MITS Sabak Bernam dan Burhanuddin Bin Madhi dari MITS Sabak Bernam.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk para graduan qurra' ke dalam dewan diikuti Pengetua dan Guru Tahfiz MITS . Perarakan masuk Ybhg. Dato' Hj Haris Bin Kasim,S.S Pengarah bersama Tuan Anas Bin Ayob,Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam diikuti Ustzh Salwana Binti Ahmad Dahlan,Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Prof. dato' Dr. Mujani ,Pengerusi JK Pembangunan Pendidikan MAIS serta pegawai-pegawai kanan Bahagian Pendidikan Islam JAIS. 11 orang guru tasmi' telah menerima Sijil penghargaan Guru tasmi'  dalam majlis yang sama. Dari 151 penerima, 10 orang pelajar dianugerahkan Sijil Perakuan Hafazan Al-Quran, 19 orang dianugerahkan Sijil Perakuan Pengajian Turath dan Dakwah dan bakinya dianugerahkan Sijil Khatam Quran.

Majlis diakhiri dengan Pengisytiharan Penutupan Majlis Graduasi Qurra' kali ke-6 oleh S.S Pengarah JAIS. Untuk rekod, program ini merupakan program jabatan yang akan dibuat secara dwi tahunan pada masa akan datang.

7 ORANG TERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA GRADUASI QURRA' KE-6