19 Nov. 2018 - Sahibus Saadah Dato' Hj Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan keputusan PSRA 2018 di SRA Kinrara 5 yang juga merupakan SRA Terbaik PSRA  2018. Keputusan PSRA 2018 di negeri Selangor meningkat 2.1% kepada 92.9% berbanding pencapaian 90.8% pada tahun 2017. PSRA merupakan Penilaian Sekolah Rendah Agama yang dijalankan di Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al -Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi seluruh Selangor . 

Pada tahun 2018, seramai 39,759 orang calon berdaftar PSRA dan 98.2% yang telah hadir mengambil PSRA di 519 pusat peperiksaan yang melibatkan 744 buah sekolah. Pencapaian PSRA bagi tahun 2018 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
ANUGERAH MURID CEMERLANG PSRA (TERBAIK KESELURUHAN) - LELAKI

ASHRAF ALI BIN MISBAH

SRI AL FARABI, KG DELEK KLANG

ANUGERAH MURID CEMERLANG PSRA (TERBAIK KESELURUHAN) - PEREMPUAN MURLIYANA FARHANAH BINTI MOHD ZAKI SRA KINRARA 5, PETALING
SEKOLAH RENDAH AGAMA CEMERLANG (GRED A) SRA BANDAR KINRARA 5, PETALING
SEKOLAH RENDAH AGAMA CEMERLANG (GRED B) SRA IBNU RUSYD KWSN MELAYU, PETALING
SEKOLAH RENDAH AGAMA CEMERLANG (GRED C) SRA PARIT 11 TIMUR SUNGAI BESAR
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI CEMERLANG SRAI SUNGAI MANGGIS, KUALA LANGAT
KAFA INTEGRASI CEMERLANG KAFA AL AZIZIAH, AU1 KERAMAT, GOMBAK
SEKOLAH RENDAH ISLAM CEMERLANG SRI IRSYADIAH, GOMBAK
DAERAH TERBAIK PSRA KLANG

 

KEPUTUSAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH AGAMA 2018