30 - 31 Oktober 2018 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS terus memperkasakan Sistem Pendidikan Integrasi Holistik (IHES) yang telah dilaksanakan di Sekolah-Sekolah Agama Negeri Selangor semenjak tahun 2008 dengan fasa seterusnya melatih Pegawai-Pegawai Pendidikan JAIS melalui kursus T.O.T QGDP. Program kendalian Unit Latihan dan Penyelidikan BPI JAIS mensasarkan sekurang-kurangnya 25 orang pegawai sebagai perintis awal untuk menjadi jurulatih program Quranic Generation Development Program (QGDP) yang akan melatih guru-guru di sekolah untuk mengimplementasikan program QGDP.

Untuk rekod, program QGDP telah diperkenalkan pada tahun 2012 dan telah dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor yang ditadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Program ini mengandungi 5 fasa utama yang akhirnya menjurus kepada Insan Kamil selaras dengan mottonya "Ke Arah Menjana Generasi Al Quran Melalui Sistem Pendidikan JAIS". Setiap pegawai yang dilantik sebagai jurulatih QGDP didedahkan dengan kandungan proses pembacaan , pemahaman , pengamalan , penghayatan dan generasi Al Quran dalam kursus tersebut.

T.O.T Quranic Generation Development Program