23 -25 Oktober 2018 - Seramai 385 orang murid SRAI negeri Selangor telah mengikuti program perkhemahan perdana  yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam JAIS bertempat di Kem Millennium, Beranang ,Hulu Langat. Menurut Ustaz Nurul Azmi Burasman selaku pegawai kokurikulum BPI JAIS , program ini merupakan acara tahunan dan telah memasuki edisi ke 10 semenjak ia mula diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2009 .

Antara pengisian program yang dinamakan Mukhaiyam Perdana SRAI Negeri Selangor tahun 2018 ialah pertandingan kawad kaki, pertandingan gajet, pertandingan ikatan dan simpulan, pertandingan gubahan dari bahan terbuang dan program ikhtiar hidup. Selain itu, peserta -peserta programyang terdiri daripada anggota Unit Beruniform seperti Persatuan Pengakap, Persatu Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Puteri Islam  turut mengikuti aktiviti ekstrim seperti Flying fox dan aktiviti laluan berhalangan. Sebanyak 11 buah SRAI telah menghantar peserta dan 66 orang guru terlibat dalam membantu ppihak jabatan dalam menjayakan program tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Pn. Hjh. Azlinda Binti Azman, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam ucapan perasmian penutup, beliau menasihatkan semua murid supaya sentiasa berusaha untuk cemerlang dunia dan akhirat . Menurut beliau, pihak jabatan sentiasa menyokong program -program yang boleh mengembangkan bakat dan memenuhi aspirasi generasi intelek bertaqwa dan sihat. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama guru, jawatankuasa dan peserta.

MUKHAYYAM PERDANA SRAI