8 Ogos 2018 - Bahagian Pendidikan Islam JAIS telah menerima kehadiran pegawai dan ahli rombongan Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuai oleh Tn. Hj Anoar Bin Sarimin, Timbalan Pengarah Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Kelas KAFA Menengah di Selangor serta bertukar pandangan berkaitan pengurusan sekolah tahfiz di antara kedua negeri.

Rombongan JAINJ telah dibawa melawat ke SRA As Siidiqin, Bandar Tasek Puteri Rawang untuk melihat pelaksanaan Kelas KAFA Menengah yang telah dilaksanakan seawal 2014 di sekolah tersebut. Seramai 39 orang ahli rombongan dari JAINJ telah dibawa melawat ke kelas KAFA Menengah selepas sesi penerangan disampaikan oleh AF Ustaz Abdullah Zaki Bin Saibani, Guru Besar SRA As Siidiqin, Bandar Tasek Puteri Rawang. Pada sesi petang, ahli rombongan telah dibawa melawat ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Klang di Alam Impian dan telah disambut mesra oleh Tuan Pengetua MITS Klang, AF Ust. Hj. Abdul Halim Bin Saljadi.Satu majlis telah diadakan di Bilik Mesyuarat MITS Klang antaranya taklimat dan sesi taaruf yang disampaikan oleh pengetua MITS Klang dan majlis penyampaian cenderamata dari kedua belah pihak. Program berakhir dengan lawatan ke beberapa lokasi di MITS Klang dan sesi bergambar beramai-ramai.

LAWATAN JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR KE SELANGOR