27 Hingga 29 Julai 2018- Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 yang telah melabuhkan tirainya menyaksikan kontinjen Selangor mengungguli kedudukan teratas apabila dinobatkan sebagai johan keseluruhan program tersebut. Majlis penutupan rasmi MIISMAM edisi 2018 bertempat di Maahad Ahmadi Gemencheh menyaksikan Selangor mengulangi kecemerlangan tahun 2015 ketika menjadi tuan rumah, tahun 2016 di Temerloh ,Pahang dan tahun 2018 di Negeri Sembilan dengan mendapat Johan Keseluruhan mengatasi Johor dan Kedah.

Antara acara yang dimenangi oleh wakil Selangor ialah Johan Syarahan BI Lelaki, Tempat ke-3 Syarahan Bahasa Arab Lelaki, Tempat ke-3 Khat lelaki, Johan Nasyid lelaki,Johan Tilawah Perempuan, Johan Hafazan Perempuan, Johan Syarahan BM Perempuan, Tempat ke-2 Syarahan BI Perempuan, Tempat ke-3 Syarahan BA Perempuan, Tempat ke-2 Kitabul Maqal, Johan Khat Perempuan, Johan Nasyid Perempuan dan Tempat ke-3/4 Acara Bahas.Hadiah telah disampaikan oleh YAB Tuan Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus. Program tersebut dianjurkan  bersama oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan  dan  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

MIISMAM 2018- SELANGOR TERUS UNGGUL