15 hingga 18 Julai 2018 - Kontinjen KESSUMA Selangor yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) Malaysia Kali ke-19 di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim telah berjaya mendapat tempat keempat dalam kejohanan tersebut. Selangor berada di tangga keempat berdasarkan kiraan pungutan pingat di bawah negeri Terengganu, Kedah dan Perak.

Sebanyak 1 pingat emas, 1 pingat perak dan 4 pingat gangsa telah berjaya diperolehi sempena kejohanan tersebut. Pencapaian ini adalah pencapaian terbaik setakat ini selepas pihak jabatan menghantar penyertaan semula pada tahun 2014 di Kejohanan KESSUMA kali ke 14 bertempat di Kuantan , Pahang.

TEMPAT KE-4 KESSUMA KALI -19