10 hingga 13 Julai 2018 - Satu siri lawatan penanda aras untuk memantapkan lagi pengurusan pelajar persendirian ke luar negara telah diatur oleh Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam JAIS  ke beberapa Jabatan Islam Negeri dan Majlis Agama Islam negeri. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat pengurusan pelajar-pelajar persendirian yang menyambung pengajian di luar  negara khususnya di negara Timur Tengah.

Lawatan selama 4 hari itu turut disertai oleh Pegawai dari Seksyen Perhubungan dan Dasar jabatan , Ustaz Ahmad Darul Akmal Bin Mohammed Ali selain daripada pegawai-pegawai Unit Pengajian Tinggi BPI. Menurut Ustaz Mohd Shukri Ruslan, Pegawai Penyelaras Pengajian Tinggi BPI, lawatan telah diadakan ke Jabatan Agama Islam Pahang , Yayasan Islam Kelantan, Yayasan Islam Negeri Kedah dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perak telah berjaya mencapai objektif lawatan.

LAWATAN PENANDA ARAS PENGAJIAN TINGGI BPI