Kedua-duanya memulakan karier pendidikan pada awal 80an dan telah berkhidmat di beberapa buah Sekolah Agama Negeri Selangor serta memegang jawatan pengetua sekolah. Ust Md Sahari Abdullah mengakhiri karier pendidikan sebagai Penolong Pengarah (Naziran) dan Puan Hjh S’aadah Bahrudin sebagai Ketua Sektor Naziran BPI JAIS . Ust Md Sahari telah bersara pada tahun 2010 manakala Pn Hjh Saadah pada tahun 2012.

Dalam majlis yang sama juga, 16 orang guru dari 9 daerah telah menerima Anugerah Guru Murobbi dan 10 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai penerima  Anugerah Sekolah Agama Cemerlang tahun 2017 . Penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh Sahibus Saadah Dato’ Hj Haris Bin Kasim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.

Sekolah-sekolah yang telah menerima anugerah Sekolah Agama Cemerlang mengikut kategori masing-masing ialah Prasekolah JAIS Kuala Langat, KAFA Integrasi Benteng Tengah,Sijangkang,Kuala Langat, SRA Nurul Iman,Selayang Gombak, SRA Integrasi Sungai Manggis,Kuala Langat  dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor  Sepang,Bagan Lalang. Manakala bagi Sekolah Islam Swasta, Taski Sepang, SRI As Sakinah, Petaling, SRI Integrasi Al Huda, Gombak, SMI Darul Sakinah, Sepang dan Maahad Hafiz (banat) Jeram Kuala Selangor. Masing-masing menerima hadiah peralatan ICT bernilai Rm10,000.

Majlis  dimulakan dengan nyanyian lagu Malaysia, Negeri Selangor,Bacaan doa dan al quran serta  lafaz ikrar Perkhidmatan Guru diketuai oleh Ustaz Zaki Saibani kemudiaannya diakhiri dengan lagu Kami Guru Malaysia dan jamuan minum petang. Seramai 300 orang tetamu yang terdiri dari Pengetua-Pengetua SAM/SAMT,Pengetua MITS, Guru-Guru Besar Prasekolah, SRA dan SRAI, Ketua Guru KAFA serta pegawai-pegawai pendidikan daerah dan negeri telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

 

Pegawai Dokumentasi Bahagian

Ustaz Md Sahari, Pn Hjh Saadah, Tokoh Guru JAIS 2018