12 Mei 2018- SRA Kula Kubu Baharu telah menjadi gelanggang pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, KAFA Integrasi, Sekolah Rendah Islam Dan Prasekolah Negeri Selangor yang menghimpunkan guru pembimbing dan peserta seramai 2300 orang. Kontinjen Daerah Petaling telah diisytiharkan sebagai johan keseluruhan program tersebut.

Sebanyak 30 acara telah dipertandingkan untuk penyertaan dari SRA,SRAI,KAFAI, SRI manakala 9 acara untuk prasekolah JAIS. Perasmian pertandingan KAMIL telah disempurnakan oleh Tuan Anas Bin Ayob, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam JAIS. Dalam ucapannya, beliau menyeru pihak pengurusan sekolah dapat bersama-sama beliau dan BPI dalam memperkasakan pendidikan Islam di Selangor

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SRA/SRAI/KAFAI/SRI Negeri Selangor