27-28 April 2018- Zon Timur telah mengungguli program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SAM, SAMT, MITS dan KKM tahun 2018 apabila telah dinobatkan juara keseluruhan program tersebut. Program KAMIL SAM, SAMT, MITS dan KKM merupakan program tahunan Jabatan Agama Islam Selangor yang diurusetiakan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan (UPK) Bahagian Pendidikan Islam (BPI) telah menghimpunkan 1000 peserta dan guru dari sekolah-sekolah Agama Menengah Negeri Selangor. Program tersebut telah diadakan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Klang, Alam Impian.

Sebanyak 18 acara dipertandingkan untuk SAM, SAMT, MITS seperti Syarahan Bahasa Arab, Syarahan Bahasa Melayu, Syarahan Bahasa Inggeris, Tajhis Mayat, Rawi & Marhaban, Nasyid dan acara-acara lain yang melibatkan Kelas Kafa Menengah (KKM). Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azlinda Binti Azman selaku Timbalan Pengarah Pengurusan JAIS.

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) SAM, SAMT, MITS dan KKM Negeri Selangor