21 - 23 April 2018 - Kontinjen Memanah KESSUMA Selangor telah berjaya mendapat 7 emas dan 6 perak sempena Mahrajan Memanah Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama (KESSUMA) JAKIM yang telah diadakan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Gong Badak , Terengganu. Menurut Ketua Kontinjen, Ustaz Bong Salleh Bin Adnan "Alhamdulillah, Selangor telah mempunyai mata untuk dibawa bekal ke KESSUMA JAKIM 2018 apabila diisytiharkan sebagai johan keseluruhan mahrajan dengan mengatasi 11 negeri lain".

7 Emas dan 6 Perak Mahrajan Memanah KESSUMA 2018