6 hingga 8 April 2018- Kompleks Sukan Universiti Selangor (UNISEL) telah digegarkan dengan sorakan semangat para atlet SRAI yang menyertai Kejohanan Sukan Sekolah Rendah Agama Integrasi Edisi ke-13. Seramai 900 orang atlet cilik dari 11 buah SRAI Negeri Selangor telah terlibat dalam kejohana tersebut yang diurusetiakan oleh Unit Pembangunan Kemanusiaan Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Kejohanan tersebut mempertandingkan acara padang dan merupakan penjenamaan semula dari Karnival Sukan SRAI. Menurut Pengarah Program, En.Kahpi Bin Ngiso, KESUSRAI merupakan acara tahunan yang sebelum ini dibuat berselang dua tahun antara Karnival Sukan SRAI dan Kejohanan Olahraga SRAI. Antara acara yang dipertandingkan ialah futsal, bola tampar, takraw, bola baling, ping pong, bola jaring dan badminton.

Kejohanan Sukan SRAI kali ke-13