18 hingga 24 Mac 2018- Bahagian Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar keluar Negara kepada 25 orang pelajar lepasan STAM yang akan menyambung pengajian di Mesir bagi sesi 2018/2019. Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh YB. Dato' Dr. Ahmad Yunus Bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor.

Kursus berkenaan dilaksanakan selama seminggu di Institut Murabbi Antarabangsa Selangor (IMANS) dan pengisian program dibuat oleh para pensyarah Pusat Bahasa Arab Selangor (PBAS). Menurut penyelaras program, Ustaz Mohd Shukri Bin Ruslan, kesemua peserta kursus adalah pelajar yang ditaja dan akan berlepas ke Mesir pada 12 April 2018.

Kursus Bahasa Arab Dan Persediaan Pelajar Keluar Negara