27 Januari 2018 - Program Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JAIS telah diadakan di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 27 Januari bersamaan 10 Jamadil Awal 1439 hijrah. Seramai 1100 orang guru JAIS terlibat menghadiri program yang turut dihadiri oleh Sahibus Saadah Dato' Haji Haris Bin Kasim, Pengarah JAIS. Antara pengisian program ialah perutusan Multaqa yang disampaikan oleh KPP Bahagian Pendidikan Islam, Tuan Anas Bin Ayob, diikuti slot pembentangan kertas kerja oleh penceramah yang diiundang.

Empat kertas kerja telah dibentang sempena Multaqa ini antaranya kertas kerja pertama bertajuk "Memugar Kecemerlangan Guru-Guru JAIS" yang disampaikan oleh Tuan Dr. Mohd Kamal Bin Radiman, kertas kerja kedua bertajuk "Komponen Pendidikan Dalam Membina Ummah Cerdas" oleh Ustaz Shahzihan, kertas kerja ketiga bertajuk "Membongkar Rahsia Kecemerlangan Insan" oleh En. Renato Nunchi dan kertas kerja keempat bertajuk "Pembudayaan Nilai-Nilai Murni Melalui Amal Khair Di Sekolah" oleh Sahibus Saadah Dato Haji Haris Bin Kasim.

YB Dato' Dr. Haji Yunus Bin Hairi telah merasmikan penutupan Multaqa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan JAIS juga melancarkan Buku Garis Panduan Pengurusan Kantin dan telah menyerahkan buku  tersebut kepada tiga buah sekolah sebagai simbol mewakili SRA, SRAI, KAFAI, Prasekolah dan MITS di Selangor.

MULTAQA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN JAIS 2018