Skip to content

::Bahagian Pendidikan Islam JAIS::

Narrow screen resolution Wide screen resolution Increase font size Decrease font size Default font size

PENGUMUMAN

Waktu temuduga pelajar berumur bawah 18 tahun untuk tujuan mendapatkan surat sokongan bagi keperluan pas/visa belajar di Malaysia khasnya negeri Selangor ditetapkan pada hari berikut sahaja;

HARI MASA
Isnin dan Rabu 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
2.30 petang hingga 5.00 petang

Semua guru/ pengiring pelajar diminta memastikan dokumen yang disertakan telah dilengkapkan. Pihak JAIS berhak menolak permohonan sekiranya dokumen tidak lengkap dan sekolah berkaitan tidak berdaftar dengan JAIS.Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustazah Hjh. Soleha di talian 5514 3400 samb. 2021.

 



Bahagian Pendidikan Islam JAIS memohon maaf di atas kesulitan kepada pengunjung kerana tidak dapat melayari laman web ini . Ini disebabkan usaha mengemaskini sistem keselamatan laman web dari diceroboh oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kepada indidvidu yang berminat untuk menyertai program pengajian bersijil di masjid-masjid (program diiktiraf oleh Akademi Islam Universiti Malaya dan Kolej Universiti Islam Antabangsa Selangor (KUIS) boleh merujuk perkara perkenaan kepada penyelaras program di masjid tuan/puan. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk kepada Ustaz Hafizulhairi/ Puan Umi Shahuda di talian 5514 3650/3655 atau 5514 3400 samb. 2048.



Download NFSP!

Mana-mana individu atau kumpulan yang ingin menjalankan penyelidikan di premis pendidikan JAIS atau menggunakan data pendidikan JAIS hendaklah memohon kebenaran kepada pihak jabatan dengan menyertakan surat permohonan dan proposal penyelidikan. Sebarang pertanyaan, sila rujuk kepada Ustaz Yuszaimi Muslil di talian 5514 3653.



Foto Pilihan

  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
  • BPI Web
Anda di sini:
Pertukaran dari SAM/SAMT ke SAM/SAMT PDF Print E-mail
Wednesday, 14 May 2008 12:19

Syarat-syarat baru ini berkuatkuasa Ogos 2008 adalah seperti berikut;

SYARAT PERTUKARAN MURID DARI SAM KE SAM DALAM NEGERI SELANGOR

SYARAT UMUM:

1 Hanya permohonan dari murid tingkatan 1, 2, 4 dan 6 bawah STPM sahaja akan diproses.
2 Borang permohonan hanya sah untuk satu kali permohonan sahaja.
3 Borang permohonan mestilah lengkap dan disertakan dengan semua salinan dokumen sokongan yang dikehendaki. Borang yag tidak lengkap tidak akan di proses.
4 Permohonan akan hanya diproses pada bulan April dan November sahaja.
5 Semua permohonan yang diterima pada atau selepas 1hb. Mac akan dikategorikan sebagai permohonan pertukaran.
6 Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dipohon. Jabatan tidak bertanggung jawab terhadap masalah pemohon yang telah berhenti dari sekolah asal.
7 Tiada pertimbangan akan diberi kepada pemohonan bertukar seperti kategori di bawah;
7.1 Pemohon tingkatan 3, 5, 6 STAM dan 6 Atas,
7.2 Mohon bertukar ke SAM BESTARI dan MITIB kerana kedua-duanya merupakan sekolah pilihan khas,
7.3 Pemohon dari Sek. Men. Keb. Agama (SMKA), SMK. Kelas Aliran Agama (KAA), Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Sek. Men. Kebangsaan, Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Kebangsaan (SK) kerana tidak sama kurikulum.

SYARAT KHUSUS:

ANTARA SAM NEGERI SELANGOR
1 Permohonan pertukaran antara SAM dalam Negeri Selangor hendaklah diajukan ke Bahagian Pendidikan Islam, Tingkat 2, Menara Utara,Bangunan Sultan Idris Shah, 40300 Shah Alam.
2 Sila guna borang berwarna oren muda (peach) sebanyak 4 salinan. Borang boleh di dapati dari SAM Negeri Selangor berhampiran, Pejabat Agama Islam Daerah dan kaunter Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Shah Alam .

ANTARA SAM DALAM DAERAH DI NEGERI SELANGOR
1 Permohonan pertukaran antara SAM dalam daerah Negeri Selangor hendaklah diajukan kepada Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah (PPTAD) di Pejabat Agama Islam Daerah masing-masing.
2 Syarat kelulusan adalah serupa dengan peraturan Kemasukan Dan Pertukaran Murid Sekolah Agama Menengah ( SAM ) Negeri Selangor .



SAM/SABK LUAR NEGERI SELANGOR
1) Permohonan pertukaran antara SAM Negeri Selangor dengan SABK luar
Negeri Selangor hendaklah diajukan ke Jabatan Pelajaran Negeri, Sektor Pendidikan Islam dan Moral (SPIM) masing-masing dengan menggunakan borang P.U.(A) 275.


2) Selain dari memenuhi syarat umum di atas, permohonan ke SAM Negeri Selangor hendaklah memenuhi syarat khusus berikut;
2.1 Murid dan ibu bapa murid hendaklah warganegara Malaysia.
2.2 Murid dari sekolah yang melaksanakan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Al-Azhar .
2.3 Kelulusan minima bagi keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun pula adalah sekurang-kurangnya 65 % bagi sekolah bandar dan sekurang-kurangnya 45% bagi luar bandar.

SEK. AGAMA NEGERI, SEK. AGAMA RAKYAT DAN SEK. AGAMA SWASTA
1) Selain dari memenuhi syarat umum di atas, permohonan ke SAM Negeri Selangor hendaklah memenuhi syarat khusus berikut;
1.1 Murid dan ibu bapa murid hendaklah warganegara Malaysia
1.2 Murid dari sekolah yang melaksanakan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Al-Azhar .
1.3 Kelulusan minima bagi keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun atau Peperiksaan Akhir Tahun pula adalah sekurang-kurangnya 65 % bagi sekolah bandar dan sekurang-kurangnya 45% bagi luar bandar.


4) Pemohon telah mendapatkan surat akuan, pengesahan dan sokongan
pengetua sekolah asal .

5) Permohonan pertukaran dari murid sekolah-sekolah di atas hendaklah diajukan ke Bahagian Pendidikan Islam, Tingkat 2, Menara Utara,Bangunan Sultan Idris Shah, 40000 Shah Alam.

6) Sila guna borang berwarna kuning sebanyak 4 salinan. Borang boleh di dapati dari SAM Negeri Selangor berhampiran, Pejabat Agama Islam Daerah dan kaunter Bahagian Pendidikan Islam JAIS di Shah Alam.

Last Updated on Wednesday, 20 August 2008 00:05
 
Jumaat 19 Saa'ban 1431 bersamaan 30 Julai 2010

Select Language



iklan1

Bahagian Pendidikan Islam

Tingkat 2 & 3, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
No 2. Persiaran Masjid,
Bukit SUK Seksyen 5,
40676 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-5514 3600
Faks : 03-5510 5053 /
03– 5512 3035
Web : http://pendidikan.jais.gov.my  
http://e-taalim.jais.gov.my
Email :pendidikan@jais.gov.my

Tingkat 2 & 3, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No 2. Persiaran Masjid, Bukit SUK Seksyen 5, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5514 3600  Faks : 03-5510 5053 / 03– 5512 3035

Web : http://pendidikan.jais.gov.my    Portal : http://e-taalim.jais.gov.my  Email :pendidikan@jais.gov.my

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini3047
mod_vvisit_counterSemalam4468
mod_vvisit_counterMinggu Ini23134
mod_vvisit_counterMinggu Lepas23669
mod_vvisit_counterBulan Ini86332
mod_vvisit_counterBulan Lepas69619
mod_vvisit_counterSepanjang Hari422687

We have: 32 guests, 19 bots online
Your IP: 38.107.191.113
 , 
Today: Jul 30, 2010