Bilangan Pengunjung

Kami ada 43 tetamu ditalian

PAUTAN

 
 
 
 
 
Banner
Banner
MENGAMATI ERTI MERDEKA
BAHAGIAN 01

 

BAHAGIAN 02
 
BAHAGIAN 03
 

WAKTU SOLAT

SELAMAT DATANG KE MSSAAS

Selamat Datang diucapkan dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami. Laman web ini telah dibina oleh Unit Informasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Dengan kewujudan laman web ini diharap dapat memberi kemudahan serba sedikit kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan masjid, jadual pengajian, kursus dan sebagainya. Sebarang komen atau pertanyaan boleh diajukan ke alamat e-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

ADAB KETIKA PERGI KE MASJID 

 

ADAB KETIKA PERGI

1.       Memakai pakaian yang menutup aurat

2.       Memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki ( al a’raf :31 )

 

ADAB KETIKA MASUK

1.       Masuk ke masjid dengan memulakan langkah kanan 

2.       Berdoa ketika masuk

أَعُوذُ بِاللهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ وَسُلطَانِهِ القَدِيمِ مِن الشَّيطَانِ الرَّجِيمِ ، اَللّهُمَّ اغْفِر لِي ذُنُوبِي وَافْتَح لِي أَبوَابَ رَحمَتِكَ

Aku berlindung dengan Allah yang maha besar dan dengan wajahnya yang mulia dan kekuasaanNya yang Qodim daripada gangguan syaitan yang direjam. Ya Allah ! ampinilah bagiku akan dosa-dosaku dan bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu

3.       Memberikan salam kepada sesiapa yang berada di masjid 

4.       dan keluar dengan langkah kiri serta berdoa sebagaimana yang di lakukan oleh Ibn Umar r.a. Daripada Aisyah r.a, ( riwayat Muslim ) sabda rasulullah saw :

إذا دخل أحدكم المسجد، فليقل: اللهم افتح لي أبواب رحمتك، وإذا خرج، فليقل: اللهم إني أسألك من فضلك

Maksudnya : “ Apabila salah seorang kamu memasuki masjid maka hendaklah ia berkata : Ya Allah bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatMu. Dan apabila keluar hendaklah ia berkata : Ya Allah sesungguhnya aku memohon limpahan rahmatMu”


Baca Lagi...
Hakcipta terpelihara © 2009 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah