8 November 2017 – Bahagian Pendidikan Islam telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Pendidikan bagi meneruskan agenda ‘Guru Pendidik dan Penyelidik’ bertempat di Auditorium B Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam. Program telah dihadiri oleh 250 orang Guru-Guru Besar SRA dan Ketua-ketua Guru KAFA terpilih dari setiap daerah.

Antara pengisian program ialah pembentangan kertas kerja bertajuk Pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli melalui Pendekatan “Lesson Study” oleh Dr. Zetty Nurzuliana Bt Rashed (KUIS) dan pembentangan kertas kerja kedua bertajuk Penilaian Tehadap Pelaksanaan Program Latihan Guru-Guru SRA JAIS oleh Dr Mohd Faeez Bin Ilias dari Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Majlis seterusnya  dibacakan resolusi seminar dan penyerahan resolusi oleh Ustaz Azman Bin Mohd Lana, Penolong Pengarah (Latihan dan Penyelidikan) kepada Sahibus Saadah Dato’ Hj Haris Bin Kasim. Dalam ucapan perasmian penutup seminar, SS Dato’ Hj Haris mengharapkan agar resolusi yang telah dibacakan hendaklah dibuat susulan bagi memantap dan memperkasakan agenda Pendidikan Islam yang sedang dan akan dijalankan oleh pihak jabatan.

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN