Sistem Pendidikan JAIS


SISTEM PERSEKOLAHAN

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

i) Pra Sekolah JAIS

  • Umur 5 dan 6 tahun
  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Memberikan asas Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan amali

ii) Sekolah Rendah Agama (SRA)

  • Tahun 6 diadakan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
  • Tahun 5 diadakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) – sekolah yang berdaftar
  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Memberikan asas Bahasa Arab

iii) Kelas al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI)

  • Tahun 1 hingga tahun 6
  • Tahun 6 diadakan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA)
  • Tahun 5 diadakan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Memberikan asas Bahasa Arab

iv) Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI)

  • Tahun 1 hingga tahun 6
  • Tahun 6 diadakan peperiksaan PSRA dan UPSR
  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Memberikan asas Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
  • Kemasukan tahun 1 berasaskan keputusan terbaik Ujian Kelayakan SRAI (UKS)

v) Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS)

a) Tingkatan 1 hingga 5

b) Kemasukan berasaskan MUMTAZ dalam PSRA , minima 5A 1B dalam UPSR

    serta melepasi gred Ujian Kelayakan Khas

  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Pengajaran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
  • Hafazan al-Quran 30 juzuk dalam tempoh 5 tahun
  • Bahasa Arab sebagai Bahasa Utama
  • Aliran Sains Tulen tingkatan 4 dan 5
  • Peperiksaan PMR di tingkatan 3, Sijil Tahfiz Al Quran di tingkatan 4,SMA di tingkatan 4, SPM di tingkatan 5

vi)  Sekolah Agama Menengah/Menengah Tinggi (SABK)

a) Tingkatan 1 hingga 6 Atas

b) Kemasukan ke tingkatan 1 berasaskan keputusan PSRA    dan UPSR

c) Peperiksaan PMR di tingkatan 3, SMA di tingkatan 4, SPM ditingkatan 5, STAM di tingkatan 6 Bawah dan STPM di tingkatan 6 Atas.

  • Memberikan pengajaran Al-Quran dan Fardhu Ain
  • Pengajaran Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris

Sistem Pendidikan JAIS