Kurikulum Pendidikan Islam


KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Kurikulum Pendidikan Islam JAIS adalah suatu program pendidikan berlandaskan Wahyu Allah dan Sunnah Rasulullah merangkumi kurikulum dan kegiatan ko kurikulum untuk membantu perkembangan murid supaya berilmu , beriman, beramal, berakhlak mulia , berketrampilan dan  mampu bersaing demi kesejahteraan ummah’

Kurikulum adalah teras kepada perkhidmatan pendidikan di JAIS. Ia mempengaruhi sistem pendidikan samada kepada sumber manusia dan prasarana. Kurikulum JAIS dilaksanakan berasaskan kepada perkara-perkara berikut:

1. Melaksanakan Pendidikan Al-Quran, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

2.Melaksanakan kurikulum-kurikulum berikut;

            a) Kurikulum Pra Sekolah

            b) Kurikulum Pendidikan Islam (Sukatan SRA)

            c) Kurikulum Pendidikan Islam (Sukatan Al Azhar)

            d) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

            e) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

            f)  Kurikulum Tahfiz

            g) Kurikulum Turath

Kurikulum Pendidikan Islam